LATAR BELAKANG

Simposium Kesejahteraan Psikologi Peringkat Kebangsaan 2022 atau SKeP2022 memfokuskan kepada kesejahteraan psikologi warga kerja Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta warga organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di seluruh negara.

Setiap organisasi mempunyai hasrat untuk mempunyai warga kerja yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program ini berperanan untuk membimbing dan membantu setiap warga kerja organisasi akan kesedaran penjagaan kesihatan mental dan emosi ke arah Keluarga Malaysia bahagia.

Pelaksanaan simposium ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun. Ia juga sebagai langkah untuk memperkasa peranan dan tanggungjawab profesion kaunseling dan psikologi dalam merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti berkaitan kaunseling kepada staf/warga kerja supaya menjadi insan yang lebih sejahtera dalam kehidupan.

Peserta yang hadir ke simposium ini akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini dengan pengisian-pengisian yang telah dirancang. Simposium Kesejahteraan Psikologi Peringkat Kebangsaan 2022 pada kali ini akan dilaksanakan secara bersemuka (face-to-face). Pengisian-pengisian menarik telah dirangka selama dua (2) hari simposium untuk semua peserta dengan aktiviti sidang selari iaitu bengkel kesejahteraan staf, sesi interaktif, ucaptama, forum, segmen glitter bersama selebriti, program derma darah, pameran dan pertandingan poster kreatif.

Image

PENGANJUR & RAKAN STRATEGIK

Connect with us

23621 15 Mile Rd #C104, Clinton MI, 48035, New York, USA

  • dummy+1 (2) 345 6789

  • dummy+1 (2) 345 6789

  • dummy contact@yourdomain.com

Newsletter

Enter your email and we'll send you more information

Search