KRITERIA PERTANDINGAN POSTER #SKeP2022
Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi (SKeP2022)
Kategori Poster
- Abstrak
- Inovasi
Tema Pertandingan Poster
- Psikologi Kaunseling
- Kesihatan Mental
- Psikologi Klinikal
- Psikologi Pendidikan
- Kesejahteraan Organisasi
- Amalan Terbaik
Syarat Am
- Setiap penyertaan pertandingan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 sahaja.
- Penyertaan adalah terbuka kepada semua.
- Penyertaan boleh disertai secara individu mahupun berkumpulan (jumlah maksimum ahli kumpulan adalah 5 orang)
- Karya yang dihasilkan untuk pertandingan Poster hendaklah asli dan tidak pernah diterbitkan.
- Penyertaan akan dinilai pada saringan pertama dan akan disenarai pendek untuk ke peringkat seterusnya.
- Peserta yang telah disenarai pendek dikehendaki untuk membuat pembentangan poster secara dalam talian dan dijemput untuk hadir ke Majlis Penutupan Simposium Kebangsaan Kesejahteraan Psikologi, (SKeP) 2022.
Format Penulisan
- Format bahasa yang dibenarkan bagi Pertandingan Poster adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
- Saiz poster adalah berukuran 594 mm x 841 mm atau A1 (orientasi potret).
- Saiz font mestilah bersesuaian dan boleh dibaca dengan jelas dalam jarak 1 meter.
Templat Poster
a) Kategori Abstrak
Penyediaan Tajuk
Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Nama penuh penulis artikel diletakkan di bawah tajuk berserta nama Jabatan yang diwakili.
Penulisan Abstrak
Abstrak adalah merupakan sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi aspek-aspek permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Berikut adalah maklumat penting untuk abstrak:
- Patah perkataan tidak melebihi 250 dan justified.
- Penulis perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak. Ia bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat. Tajuk kata kunci perlu ditulis menggunakan format italic.
Kandungan
Poster Abstrak hendaklah mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu:
- Abstrak
- Latar Belakang
- Pernyataan Masalah
- Objektif
- Kaedah Kajian
- Dapatan Kajian
- Kesimpulan
Templat poster abstrak boleh dimuat turun melalui pautan berikut (klik pautan): MUAT TURUN
b) Kategori Inovasi
Penyediaan Tajuk
Tajuk hendaklah ringkas dan padat. Nama penuh penulis artikel diletakkan di bawah tajuk berserta nama Jabatan yang diwakili.
Kandungan
Poster Inovasi hendaklah mengandungi bahagian-bahagian berikut iaitu:
a. Deskripsi (Pernyataan Masalah);
b. Cadangan Penyelesaian;
c. Ciri- ciri inovasi;
d. Nilai Tambah; dan
e. Impak Pelaksanaan
Templat poster inovasi boleh dimuat turun melalui pautan berikut (klik pautan): MUAT TURUN
Tarikh – Tarikh Penting
28 September 2022 |
Tarikh Akhir Penghantaran Poster |
6 Oktober 2022 |
Penilaian Poster |
12 Oktober 2022 |
Pengumuman Pemenang |
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Ummikhaira Sofea binti Ja'afar
014-9519378

PENGANJUR & RAKAN STRATEGIK




